Saturday 19 May 2012

RISDA plant nursery

Semaian RISDA
Terdapat lebih kurang empat plant nursery di kawasan bandar baru bangi. RISDA plant nursery adalah antara yang terbesar dan harganya kompetitif berbanding tapak semaian yang lain. Tujuan penulis kesini untuk mencari pokok hiasan dan rumput mutiara untuk kegunaan sendiri. Untuk pengetahuan, mereka juga mengambil khidmat bulk order, landscaping dan supply dalam masa yang sama.

Dibuka setiap hari.
Jadi harga tumbuhan dalam small order selalunya mahal sedikit. Pun begitu RISDA plant nursery masih termurah berbanding yang lain. (kemungkinan harga subsidi). Rumput mutiara 2x1 rm 2.50 sekeping, RM 5 ringgit sekeping beserta khidmat tanam.
Rumput mutiara, pasu serta pokok yang dibeli untuk laman rumah.

Cumanya kehadiran nyamuk yang banyak menyebabkan keadaan yang kurang selesa. Peta ke tapak semaian terdapat dibawah. Terletak betul-betul sebelah Ana ikan bakar.



View Live in Bangi in a larger map

Monday 14 May 2012

Ana Ikan Bakar

Bangi terkenal sebagai bandar ilmu. Tapi rasanya bangi juga terkenal sebagai bandar 1001 kedai makan. Sebab banyak sangat kedai makan. Rasanya kalau sebulan nak makan die kedai yang berlainan setiap hari pun cukup. Harini sempat juga singgah restoran Ana Ikan Bakar yang terkenal di bangi. Ada beberapa kedai ikan bakar disini, dan kedai ini merupakan antara tumpuan peminat ikan bakar. Dibuka pada 5 petang hingga awal pagi, kedai ini menarik pengunjung yang tidak putus. Seawal pukul 6 pengunjung dari setiap penjuru bangi, kajang, dan putrajaya sudah memenuhi meja-meja yang ada. Mujur parking agak mudah dan luas, begitupun parking tetap melimpah ke tepi jalan.
Menu, Siakap RM 5 sekilo.

Menu istimewa? Ikan bakar masa petai. Harga boleh jenguk-jenguk pada papan tanda (maaf kalau tak cukup besar). Untuk mereka yang meminati ikan bakar, tunggu apa lagi. Janji puas. Cumanya ada nyamuk sikit. Dimana lokasinya?.Bersebelahan Balai Bomba Bandar Baru Bangi. Head on to the map.

Ikan Siakap bakar petai. RM 30.

View Live in Bangi in a larger map

Saturday 12 May 2012

Charity shop

Charity Shoppe
1st ever charity shop has open in the heart of bangi city centre. Terletak di seksyen 9 di bangunan Bangi Paragon Point bersebelahan Ayam AP dan Bestview Hotel. Secara rasminya dibuka pada awal bulan may. Nama kedai? Islamic Relief Charity Shoppe. Disini dijual barangan terpakai daripada baju, baju sejuk, mainan kanak-kanak dan yang paling mengujakan adalah buku novel. Semua dijual dengan harga yang sangat murah. Harga dalam lingkungan RM 1 hingga RM 20.

Books and more books.
Konsep kedai adalah dengan menjual barangan terpakai dan keuntungan disalurkan untuk kebajikan semata. Knowing Islamic Relief, they have charity network among the largest in the world.

Jadi tunggu apa lagi, samaada mahu menderma barangan terpakai atau baru, mahupun membeli sambil menderma, lawatilah kedai charity ini

Child's play area, with loads of toys.

Islamic Relief Charity Shoppe
A-05-1, Paragon Point,
Jalan Medan PB5, Pusat Bandar,
43650 Bandar Baru Bangi.
Tel: +603 8926 3434


View Live in Bangi in a larger map